Luar Negara Berita

Luqman jalani proses pemulihan, kembali berlatih bersama KV Kortrijk

Luqman Hakim Shamsudin dalam proses pemulihan bersama beberapa rakannya di KV Kortrijk.

Ini selepas pemain berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan hamstring ketika berlatih beberapa minggu lalu.

“Saya sudah berada bersama skuad untuk proses pemulihan bagi kecederaan yang dialami sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian.

Saya harap saya dapat kembali secepat mungkin.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KV Kortrijk (@kv_kortrijk)


Sepanjang ketiadaan Luqman yang terpaksa berehat tiga minggu, KV Kortrijk mencatatkan dua keputusan seri berturut-turut iaitu 1-1 menentang Zulte Waregem dan 5-5 ketika berdepan AC Beerschot.

KV Kortrijk dijadualkan bertemu pendahulu liga, Club Brugge pada Ahad ini dan disusuli dengan Oostende pada 30 Nov.