Kedah meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pahang di Stadium Darul Aman sekali gus mara ke suku akhir Piala Malaysia 2020.
Pasukan tuan rumah mendahului menerusi tandukan Shakir Hamzah pada minit ke-17.
Kedah menggandakan kedudukan menerusi tandukan Kpah Sherman pada minit ke-36 hasil hantaran Kipre Tchetche.
Lang Merah semakin selesa apabila meraih gol ketiga menerusi Tchetche yang mengambil kesempatan di atas kegagalan Pahang mengeluarkan bola dengan merembat bola dari sudut sukar, seminit sebelum tamat separuh masa kedua.
44' | GOL KIPRE!@official_kfa menambah jaringan ketiga menerusi Tchetche Kipre. #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/DUmlhBP79r
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Pahang bagaimanapun berjaya mengurangkan jurang jaringan apabila Muslim Ahmad menanduk masuk gol pada minit ke-49.
Malah, Kedah dikejutkan dengan gol kedua Pahang menerusi jaringan Faizal Rani dua minit sebelum tamat perlawanan.
Malangnya, Pahang gagal menjaringkan gol penyamaan sehingga wisel penamat.
88' | GOL FAIZAL RANI!@officialpahang merapatkan kedudukan menerusi jaringan Faizal Rani. #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/DxideAfNr1
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Kedah yang mara ke suku akhir dijangka bertemu pemenang antara Selangor dan Melaka United yang akan berentap pada Ahad ini.