Piala Malaysia Berita

Piala Malaysia: JDT mara ke suku akhir, Arif Aiman cipta sejarah

JDT mara ke suku akhir Piala Malaysia apabila menang tipis 1-0 ke atas Kuching FA di Larkin.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Arif Aiman pada minit ke-19.

Disebalik ketiadaan Safawi Rasid, JDT menyenaraikan pasukan terkuatnya berdepan Kuching.

JDT mendominasi perlawanan, namun gagal menjaringkan gol tambahan sehingga tamat perlawanan.

Arif juga mencipta sejarah apabila menjadi penjaring termuda JDT iaitu berusia 18 tahun.

Ini bermakna, JDT akan bertemu Kuala Lumpur di suku akhir.