Liga Super Malaysia Berita

FAM dedah jumlah dana pelabur baru Felda United, UKM FC

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendedahkan jumlah sebenar dana pelabur baru Felda United dan UKM FC.

Menurut laporan Astro Arena, jumlah keuntungan tahunan pelabur baru itu tidak sampai RM1 juta, sebaliknya hanya sebanyak RM50,000.

Ia menjadi sebab kukuh buat FAM untuk menolak penyertaan kedua-dua pasukan ini daripada bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

“Jika sesebuah syarikat atau individu mengambil alih pasukan yang memerlukan belanja RM5 juta setahun,” kata Stuart.

“Perkara ini harus diperjelas terlebih dahulu bagi memastikan tiada masalah berlaku pada masa akan datang.”

Stuart juga menegaskan bahawa keputusan FAM kekal setakat ini, meskipun terdapat rayuan dari kedua-dua pasukan.

“Setiap pasukan terbabit telah diberikan masa yang secukupnya untuk mengemukakan dokumen dan mereka tidak meminta sebarang masa tambahan bagi menyediakan apa yang telah diperlukan,” katanya.

“Keputusan yang telah diambil adalah muktamad setakat ini.”