Liga Super Malaysia Berita

Sesi latihan secara sentuhan bakal dibenarkan minggu depan?

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memberi bayangan bahawa sesi latihan secara bersentuhan untuk pasukan Liga Malaysia bakal dibenarkan seawal 16 Julai.

Ia selepas FAM dan MFL merancang permohonan untuk kebenaran mengadakan sesi latihan fasa kedua, selepas hampir sebulan semua pasukan mengadakan sesi tanpa sentuhan.

“Fasa seterusnya akan dilihat selepas 15 Julai,” katanya kepada Astro Arena.

“Kami berharap perbincangan itu akan dibawa kepada KBS dan MKN, tarikh-tarikh itu adalah yang dibincangkan.”

Stuart berkata, pihaknya akan turut berbincang mengenai tarikh untuk memulakan semula Liga Malaysia dan soal memberikan kebenaran kepada penyokong untuk menonton perlawanan di stadium.

“Permulaan liga dan kehadiran penyokong akan dibincangkan bersama MKN dan KKM.

“Kami yakin prosedur operasi standard (SOP) kehadiran penyokong akan diterima oleh kerajaan.”