Liga Super Malaysia Berita

Pahang: Tunggakan gaji dua minggu, bukan tiga bulan

Pahang tampil menafikan dakwaan bahawa pasukan itu tidak membayar tunggakan gaji pemain selama tiga bulan, sebaliknya ia hanyalah lewat dua minggu.

Arena Metro melaporkan, pengurusan pasukan Pahang mengakui berlaku kelewatan bayaran, tetapi ia hanya melibatkan kakitangan pasukan dan langsung tidak ada masalah membayar gaji pemain.

Laporan itu juga menyebut kelewatan tersebut tidak menjejaskan Pahang, namun pengurusan pasukan berharap para pemain memahami situasi ketika ini, selepas liga terpaksa ditangguhkan kerana wabak COVID-19.

Bagaimanapun, pemimpin tertinggi pasukan Pahang enggan mengulas soal tunggakan gaji tersebut.

Setakat ini, Kelantan, Melaka dan Kedah berdepan dengan masalah tunggakan gaji.