Malaysia Berita

Marcel Kalonda hantar dokumen rasmi, Harry Edge buat pusingan-U

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan bahawa pihaknya sudah mendapat dokumen daripada Marcel Kalonda yang membuktikan beliau layak mewakili negara.

Bagaimanapun, Harry Edge yang sebelum ini berminat mewakili negara membuat keputusan untuk kekal sebagai rakyat New Zealand setakat ini.

“Daripada dua pemain, hanya seorang iaitu Kalonda saja yang menghantar dokumen kepada kita, manakala Edge meminta untuk terus beraksi di Eropah,” katanya kepada Arena Metro.

“Edge tak kata dia menolak terus, cuma dia nak fokus dahulu dengan kelabnya di Sweden dan akan kembali di masa depan. Kita menyambut baik respon daripada kedua-dua pemain berkenaan yang memberi kerjasama.”

Bagaimanapun, Yusoff berkata Kalonda diberi masa dua minggu lagi kerana dokumen yang diserahkan itu masih belum lengkap sepenuhnya.

“Masih banyak lagi yang perlu lengkapkan. Kita bagi tempoh kepadanya sekurang-kurang dua minggu lagi.

“Dia memang bersemangat nak mewakili negara dan walaupun tak lengkapkan kita akan bagi masa buatnya. Kalau langsung dia tak bagi itu lain cerita, mungkin kita dah tutup peluang.”