Liga Super Malaysia Berita

Pahang sudah tiga bulan tidak bayar gaji pemain

Pahang sudah tiga bulan tidak bayar gaji pemain

Pahang menjadi pasukan terbaru Liga Malaysia yang menghadapi masalah tunggakan gaji pemain selepas liga ditangguhkan pada bulan Mac lalu akibat wabak COVID-19.

Arena Metro melaporkan, kali terakhir pemain dan pegawai pasukan menerima gaji adalah pada bulan Februari lalu. Ini bermakna mereka masih tidak mendapat gaji untuk bulan Mac, April dan Mei.

Masalah gaji itu juga menyebabkan beberapa pemain utama Pahang dilaporkan sudah mempertimbangkan untuk meninggalkan pasukan itu musim ini.

Pahang sendiri sudah berdepan dengan masalah kewangan pada awal musim sehinggalah mereka diselamatkan dengan perpindahan Matthew Davies ke JDT.

Malah, keadaan itu dijangka berulang sekali lagi apabila Mohamadou Sumareh sudah mula mengadakan perbincangan dengan JDT dan hampir pasti meninggalkan Pahang tidak lama lagi.

Setakat ini, pasukan-pasukan negeri seperti Melaka, Kedah dan Kelantan yang menghadapi masalah tunggakan gaji pemain.