Liga Super Malaysia Berita

MFL bakal perkenal SOP COVID-19 untuk Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan satu prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan akan diperkenalkan bagi memastikan Liga Malaysia dapat dijalankan dengan selamat dan bebas daripada jangkitan COVID-19.

Ini selepas MFL mengumumkan kalendar baharu Liga Malaysia yang bakal bermula pada bulan September dan berakhir pada awal November.

“Jun nanti kita juga akan bentang mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilakukan setiap individu yang terbabit dalam saingan Liga M,” katanya kepada Arena Metro.

“Bagaimanapun MFL tetap merujuk kepada KKM dan MKN untuk memulakan saingan liga bagi membendung atau mengelak daripada penularan COVID-19.”