Malaysia Berita

Matyo kena saman

Agensi pemain bolasepak di Thailand, Pro24 Sports Management telah bertindak menyaman Norshahrul Idlan Talaha kerana melanggar perjanjian dalam kontraknya, lapor NST.

Ini selepas pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak dengan dua agensi berbeza iaitu Pro24 dan Offside Sports Management dalam proses menyertai BG Pathum United.

Pro24 dalam satu kenyataan berkata pihaknya bertindak menyaman Norshahrul kerana telah merosakkan kepercayaan mereka terhadap pemain tersebut.

“Kami enggan bekerjasama dengan pemain yang tidak boleh dipercayai. Kami hanya bersama dengan orang yang jujur.

“Kami tak sangka beliau akan berbuat demikian kerana beliau merupakan seorang pemain yang terkenal dan dihormati ramai.

“Kami memastikan kami dapat mengajar beliau apa itu profesionalisme dan kejujuran.”

Norshahrul tidak boleh kembali ke Malaysia selagi kes tersebut belum selesai, malah agensi itu telah memberikan maklumat kepada polis Thailand supaya melarang pemain itu dari keluar negara.