Liga Super Malaysia Berita

Penjaga gol Kuala Lumpur beri sumbangan ketika COVID-19

Penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil membuat keputusan untuk memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ketika wabak COVID-19.

Walaupun para pemain berkemungkinan terpaksa berhadapan dengan pemotongan gaji, ia satu usaha yang dialu-alukan terutamanya daripada pemain bolasepak bagi membantu mereka yang benar-benar berada dalam kesusahan ketika ini.

Khatul merupakan pemain terbaru yang memberikan sumbangan, selepas Safawi Rasid dan pemain-pemain JDT.

Nampaknya beliau bukan sahaja menyelamatkan gawang gol, tetapi juga menyelamatkan mereka yang memerlukan bantuan.