Liga Super Malaysia Berita

Nidzam Jamil dedah taktikalnya menentang JDT

Jurulatih Felda, Nidzam Jamil mendedahkan taktikalnya bagaimana untuk menjaringkan gol ketika menentang JDT.

Beliau akui gembira dapat meraih satu mata di Stadium Sultan Ibrahim namun tetap kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan.

“Ada beberapa perkara perlu diperbetulkan. Kami bermain terlalu defensive.

“Saya beritahu pemain yang mereka perlu selalu membuat serangan dan mengambil kesempatan terhadap ruang yang ada di belakang pertahanan JDT.

“Kami hanya perlu bertahan dengan baik.”

Bagaimanapun Nidzam tetap fokus untuk memperbaiki kekuatan pasukan selepas ini.

“JDT tetap kuasai permainan sehingga 70 peratus. Jadi saya tak mahu raikan sangat.”