Liga Malaysia berkemungkinan besar akan ditunda ataupun beraksi tanpa penonton ekoran penularan wabak COVID-19.
FAM dan MFL mengesahkan, satu mesyuarat khas akan diadakan esok bagi menentukan sama ada liga akan terus berjalan seperti biasa, atau sebaliknya.
Jika liga berjalan tanpa penonton, pasukan akan mengalami kerugian kerana tiada penyokong yang membeli tiket.
Namun jika liga ditunda, tidak dapat dipastikan bila waktu yang sesuai untuk memulakan semula liga.
Kementerian Belia dan Sukan sudah pun menasihatkan supaya sebarang acara sukan ditangguhkan bagi mencegah daripada jangkitan koronavirus.