Liga Super Malaysia Berita

TMJ janji perbaiki sistem penjualan tiket, jalan masuk ke stadium JDT

Selepas berlakunya insiden kekecohan penyokong JDT ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2020, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berjanji akan memperbaiki kelemahan sedia ada.

Dalam satu video klip yang diterbitkan oleh Johor Southern Tigers, TMJ sudah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penyokong JDT terutamanya dari segi sistem penjualan tiket dan jalan untuk masuk ke Stadium Sultan Ibrahim.

Minggu lepas, terdapat penyokong JDT yang berang apabila tidak dapat membeli tiket untuk menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah.

Malah, jalan ke arah stadium baharu JDT mengalami kesesakan lalu lintas apabila hanya ada satu laluan sahaja untuk penyokong masuk dan keluar.

“Buat masa ini saya tidak puas hati lagi,” kata TMJ dalam video rasmi Johor Southern Tigers.

KENYATAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKAITAN AKSESIBILITI DAN MAKLUM BALAS PENYOKONG MENGENAI STADIUM SULTAN IBRAHIM

KENYATAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKAITAN AKSESIBILITI DAN MAKLUM BALAS PENYOKONG MENGENAI STADIUM SULTAN IBRAHIMKami mengalu-alukan maklumbalas anda untuk perkara-perkara yang boleh kita perbaiki untuk tontonan lebih selesa — Keluarga JDT amat bermakna bagi kami.———HRH MAJOR GENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, CROWN PRINCE OF JOHOR STATEMENT ON SULTAN IBRAHIM STADIUM FAN ACCESSIBILITY AND FEEDBACKLet us know what areas we can improve — the JDT Family matters to us.Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, February 29, 2020

“Saya mengarahkan kakitangan JDT berbincang dan menilai bersama wakil penyokong JDT untuk perbaiki sistem penjualan tiket.

“Jalan masuk ke stadium juga akan diperbaiki pada masa akan datang.

‘Saya bersama pihak pengurusan serta penyokong memainkan peranan untuk memperbaiki kelab, inilah uniknya JDT, sebab itu kita katakan JDT Empire.

“Saya juga akan membuat penilaian dan kajian untuk meningkatkan kemudahan sedia ada denga mengarahkan supaya pihak pengurusan menjalankan tugas secepat mungkin.

“KIta perlu tackle this issue supaya ia tidak melarat.”