Liga Super Malaysia Berita

Dollah Salleh akui terkejut pertahanan Pahang begitu goyah

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui tidak menjangka bahawa pasukannya begitu mudah dibolosi sehingga membenarkan Selangor meraih kemenangan 2-1 di Kuantan.

Katanya, walaupun terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan, Dollah menganggap para pemain seolah-olah hilang tumpuan sehingga bolos dua gol.

“Aksi kita turut terjejas memandangkan Herold Goulon terpaksa dikeluarkan. Khamis Khalil juga beraksi agak goyah berbanding persembahannya sebelum ini.

“Kita cuba bangkit semula pada separuh masa kedua tapi malangnya banyak peluang disia-siakan menyebabkan Selangor membuat serangan balas dan mereka berjaya mendapatkan gol.”

Dollah berharap pasukannya dapat melakukan penambahbaikan di semua posisi khususnya di bahagian pertahanan dan tengah sebelum berdepan PJ City pada 6 Mac ini.