Terengganu berdepan cabaran sukar apabila tiga pemainnya Stuart Wark, Wan Amirzafran Wan Nadris dan Sharin Sapien mengalami kecederaan sekaligus terlepas perlawanan menentang Perak malam ini.
Stuart mengalami kecederaan lutut jangka panjang manakala Wan Amir masih menjalani pemulihan terhadap kecederaan lamanya.
Hanya Sharin yang mengalami kecederaan ringan dan akan kembali minggu depan.
“Buat masa ini, Nasrullah Haniff Johan calon terbaik untuk digandingkan dengan Babacar Diallo di bahagian benteng, selain Muhammad Mohd Fauzi,” kata jurulatih Nafuzi Zain kepada Stadium Astro.
“Shahrin juga akan terlepas aksi dengan Perak, namun saya jangka dia akan kembali bersama pasukan, minggu depan.
Terengganu bakal kembali menggunakan Stadium Sultan Mizan selepas menerima lampu hijau daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).