Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe: Tidak salah lebih ramai pemain JDT dalam skuad kebangsaan

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menganggap perpindahan Matthew Davies ke JDT merupakan satu perkara positif buat Malaysia.

Beliau sedar, kemasukan Matthew menandakan lebih ramai pemain skuad kebangsaan yang mewakili JDT.

Namun, beliau menganggap Matthew akan membina keserasian yang lebih erat apabila bersama skuad kebangsaan nanti.

Johor Southern Tigers

“Dengan lebih separuh daripada skuad adalah pemain dari JDT, mereka akan membina satu persefahaman dan kerjasama yang wujud disebabkan mereka dapat mengadakan sesi latihan bersama-sama,” katanya kepada NST.

Jika mengikut senarai skuad kebangsaan tahun lepas menentang Indonesia pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Matthew menjadi pemain JDT ke-10 dalam skuad kebangsaan.

Matthew yang beraksi di pertahanan kanan, akan bersaing dengan pemain Selangor, Syahmi Safari untuk kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Matthew juga menjadi pemain kedua baharu JDT yang dijangka bermain skuad kebangsaan, selepas Liridon Krasniqi.