Liga Super Malaysia Berita

Dollah Salleh: Pahang belum ada pengganti Matthew Davies

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukannya masih belum ada calon pemain pertahanan kanan yang boleh menggantikan Matthew Davies bagi musim 2020.

Katanya, Davies meninggalkan Pahang pada waktu yang tidak dijangka, sekaligus mereka tidak mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain baharu.

“Dia mahu pergi. Cuma, ia berlaku di saat akhir. Sampai sekarang, kami masih terumbang-ambing. Ada pemain yang cedera, import baru sampai,” katanya kepada Stadium Astro.

Kemungkinan besar, Dollah terpaksa membuatkan pemain sedia ada untuk menukar posisi atau pemain muda di posisi tersebut.