Liga Super Malaysia Berita

FIFA benarkan Liridon Krasniqi beraksi untuk Malaysia

FIFA akhirnya memberikan pengesahan bahawa Liridon Krasniqi dibenarkan beraksi untuk skuad kebangsaan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, Liridon kini hanya perlu mempamerkan aksi terbaik bersama JDT sebelum dapat disenaraikan dalam skuad kebangsaan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac depan.

“Liridon sudah dapat kebenaran daripada FIFA untuk disenaraikan beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,” katanya kepada Arena Metro.

“Namun, ia bukan tiket untuk dipilih terus mewakili negara kerana perlu juga mendapat persetujuan daripada jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe.

“Kita menilai pemain daripada persembahan terkini dan berharap Liridon memenuhi kriteria yang ditetapkan.”