Malaysia Berita

Naturalisasi bukan keistimewaan

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menganggap proses naturalisasi yang diberikan kepada Liridon Krasniqi bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya dilihat sebagai salah satu cara untuk membantu Malaysia layak sekurang-kurangnya ke Piala Asia 2023.

Selepas Liridon disahkan sebagai warganegara Malaysia, terdapat beberapa kritikan seolah-olah FAM memberikan keistimewaan kepada pemain JDT itu.

“FAM memilih dia berdasarkan prestasi terdahulu yang dipamerkan Liridon,” katanya kepada Arena Metro.

“Dia juga memenuhi kriteria ditetapkan iaitu sudah menetap di negara ini selama lima tahun berturut-turut.

“Namun, untuk mewakili Malaysia, prestasi semasa adalah perkara utama yang dititikberatkan dan Liridon perlu berusaha bagi mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.”