Liga Super Malaysia Berita

D. Saarvindran sertai Terengganu

Selepas tiga tahun bersama JDTII, D. Saarvindran akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Terengganu.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan antara salah seorang pemain JDTII yang dilepaskan bagi membentuk pasukan dengan muka-muka baharu.

Sebelum JDTII, Saarvindran merupakan salah seorang bakat Harimau Muda dibawah kendalian Ong Kim Swee.

Beliau menyertai Pahang pada 2015 dan berada di sana selama dua tahun sebelum menyertai JDT.

Menurut laman sesawang rasmi Terengganu FC, Saarvindran telah pun menjalani latihan bersama skuad untuk menilai tahap kecergasan dan prestasinya selama beberapa hari.

Dalam laporan tersebut, Nafuzi Zain berharap kehadiran Saarvindran bukan sahaja dapat membantu pasukan, namun beliau mengharapkan pemain ini kembali dengan prestasi terbaik, selepas lama beraksi di Liga Perdana.