Liga Super Malaysia Berita

Pertahanan veteran Subramaniam sertai Kuala Lumpur

Seperti Safee Sali, pemain pertahanan berusia 34 tahun, S. Subramaniam juga masih belum mahu bersara sebaliknya membuat keputusan untuk menyertai Kuala Lumpur.

Beliau menyertai pasukan Liga Perdana itu selepas dua musim bersama PJ City.

Subra merupakan pemain yang cukup dikenali ramai sebagai pertahanan yang sering boleh diharap.

Kenangan yang paling diingati adalah ketika beliau beraksi di Kelantan dan membantu mereka memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau juga memenangi Liga Super bersama JDT pada 2014 dan Piala Malaysia bersama Selangor pada 2015.

Pemain berasal dari Perak itu juga pernah beraksi dengan skuad kebangsaan dibawah kendalian K. Rajagobal.