Malaysia Berita

Raja passer Akram Mahinan sertai Kuala Lumpur

Akram Mahinan telah berhijrah secara rasminya ke Kuala Lumpur, selepas semusim bersama PKNS FC.

Walaupun pemain berusia 26 tahun itu menyertai pasukan Liga Perdana, Akram mungkin membuat keputusan untuk meninggalkan PKNS yang telah bertukar status sebagai pasukan simpanan Selangor.

Pemain kelahiran Kulim itu cukup dikenali dalam kalangan peminat sebagai pass master, malah menghasilkan hantaran terbanyak ketika beraksi di Piala AFF Suzuki tahun lalu serta membantu Malaysia mara ke final.

Tahun ini, Akram menyertai PKNS selepas dua musim di Kedah.

Sepanjang berada di PKNS, Akram bermain lebih 20 perlawanan dan membantu skuad kendalian Datuk K. Rajagobal untuk menamatkan musim di tangga ke-9 liga.

Kuala Lumpur pula menamatkan musim di kedudukan terakhir Liga Super dengan mengumpul 14 mata daripada empat kemenangan, dua seri dan 16 kekalahan, sekali gus tersingkir selepas hanya dua musim berada di liga tertinggi di negara ini.