Malaysia Berita

Ong Kim Swee terima segala kritikan

Skuad B-22 negara terkandas di peringkat kumpulan bagi Kejohanan Sukan SEA selepas tewas 3-1 keatas Kemboja petang semalam. Gol jaringan In Sodavid, Sieng Chantea, dan Keo Sokpheng sekaligus menamatkan perjuangan anak buah Datuk Ong Kim Swee di Manila.

Selepas mengharungi empat perlawanan, skuad Harimau Muda sekadar memungut empat mata dengan satu kemenangan dan satu seri. Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee jelas mengakui persembahan kurang baik yang dipamerkan oleh anak buahnya sejak perlawanan pertama lagi.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/photos/a.522243597872409/2545771172186298/?type=3&theater

Beliau juga menegaskan kegagalan para pemain untuk memanfaatkan peluang pada separuh masa kedua menjadi penyebab utama dan itu yang membezakan pasukan Malaysia dan Kemboja. Selain itu, Kim Swee kekal dengan pendirian bahawa formasi yang digunakan tidak seharusnya menjadi isu.

‘Bukan sebab formasi (kita tewas). Kita menggunakan set pemain yang sama. Ia satu isu yang sengaja dibangkitkan. Ketika kita tewaskan Korea Selatan, tiada siapa persoalkan formasi’, ujarnya lagi.

Namun demikian, Kim Swee bersedia untuk menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka. Secara rekod, ini adalah temasya kelima buat Datuk Ong Kim Swee sejak tahun 2011. Sepanjang lima penampilan dalam Sukan SEA, tahun 2011 merupakan tahun gemilang buat Malaysia yang meraih pingat emas dalam acara bola sepak.