Eropah Berita

[VIDEO] Rooney mula tugas baru

Bekas penyerang antarabangsa England, Wayne Rooney telah memulakan tugas pertama sebagai pembantu jurulatih buat Derby County ketika aksi menentang Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu lepas.

Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Derby County sebagai pemain dan jurulatih selepas menghabiskan satu musim bersama D.C. United. Walaubagaimanapun, Rooney hanya dibenarkan untuk beraksi sebagai pemain pada Januari depan.

Pada perlawanan Sabtu lepas, skuad bimbingan Phillip Cocu diikat 1-1 dan kini menghuni tangga ke-14 liga. Rooney bertindak sebagai penolong jurulatih dalam perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, Rooney turut mengucapkan terima kasih diatas sambutan yang diberikan oleh para penyokong di Stadium Pride Park menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter.