
Pemain tengah sensasi kebangsaan, Brendan Gan telah mengumumkan bakal menyertai pasukan Selangor bagi menghadapi musim 2020. Pemain kelahiran Australia itu membuat satu hantaran gambar di laman sosial Twitter petang semalam untuk memaklumkan perkara tersebut kepada para peminatnya.
My 2020 vision is extremely clear 🤓
Im about to write my next exciting chapter as a Red Giant 🔥 @faselangormy
I will bring passion, energy, positivity and 100% effort everyday
Head over to @faSelangormy to see the announcement video 🎥👌🏽🎬#ithasBGAN pic.twitter.com/tbXB09ReLN
— Brendan Gan (@brendan_gan) December 1, 2019
Brendan yang sebelum ini beraksi bersama Perak turut dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, dan Kedah sebelum ini. Persembahan cemerlang Brendan bersama Perak sepanjang dua musim berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC menerusi sepakan penalti. Nasib tidak menyebelahi Perak pada perlawanan akhir Piala FA 2019 setelah ditewaskan Kedah 1-0.
Suka cita diumumkan bahawa kini beliau sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.Hantarkan ucapan anda kepada beliau dengan menggunakan hashtag #BrendanGanIsRED.Baca artikel tentang beliau sekarang di: https://redgiants.faselangor.my/it-has-bgan/#BrendanGanIsRED#RedGiants#KitaAdalahSatu#ItHasBGan#SelangorPower𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗙𝗔 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗱𝗶 𝗮𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗶:-Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/Twitter: https://twitter.com/FASelangorMy
Posted by FA Selangor on Saturday, 30 November 2019
Aksi konsisten pemain ini telah membuka mata Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang mula mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Ternyata, kehadiran Brendan di jentera tengah begitu membantu pasukan dan persembahan cemerlang yang dipamerkan ketika menentang Thailand jelas membuktikan kualiti yang ada pada pemain ini.
Walaupun pernah mengalami kecederaan serius di bahagian lutut (Anterior Cruciate Ligament) dua kali sebelum ini, namun Brendan tangkas bangkit dan menjadi pemain seperti yang anda lihat pada hari ini. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan diatas padang juga menjadi faktor terbesar yang mendorong pengurusan skuad Merah Kuning untuk mendapatkan khidmatnya.
Dalam pada itu, seorang lagi pemain yang turut menyertai Selangor ialah Rodney Celvin Akwensivie yang merupakan bekas pemain PKNS FA dan Sarawak FA.
RODNEY CELVIN AKWENSIVIE SAH MENJADI PEMAIN SELANGOR.Suka cita diumumkan bahawa Rodney kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.Hantarkan ucapan anda kepada Rodney dengan menggunakan hashtag #RodneyIsRed.Baca tentang Rodney di: redgiants.faselangor.my/rodney-celvin-akwensivie-sah-menjadi-pemain-selangor/#RodneyIsRed#KitaAdalahSatu#KamikDahSedia𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗙𝗔 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗱𝗶 𝗮𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗶:-Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/Twitter: https://twitter.com/FASelangorMyFacebook: https://www.facebook.com/FASelangorMy/
Posted by FA Selangor on Friday, 29 November 2019