Eropah Berita

Tugu Ibrahimovic dibakar

Bintang bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic yang baru-baru ini mengumumkan membeli saham Hammarby IF sebanyak 25% telah dikritik hebat oleh penyokong pasukan Malmo FF yang juga merupakan musuh tradisi pasukan tersebut, lapor Daily Mail.

Secara sejarahnya, Ibrahimovic memulakan karier bola sepak profesional bersama Malmo FF pada tahun 1999 sehingga 2001. Maka, tindakan yang dilakukan bekas pemain LA Galaxy itu dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada pasukan yang telah memainkan peranan penting diawal karier pemain tersebut.

Antara impak lain yang dipaparkan oleh penyokong Malmo FF adalah dengan membakar tugu Zlatan Ibrahimovic yang dibina di luar stadium Malmo FF. Selain itu, kediaman Ibrahimovic turut menjadi sasaran apabila peminat meninggalkan tulisan ‘Judas’ di pintu rumahnya yang terletak di Stockholm.

Protes besar-besaran itu  berlaku atas kenyataan Ibrahimovic yang percaya Hammarby IF bakal menjadi pasukan terbaik di Skandinavia selepas melaksanakan pelaburan tersebut. 

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Setakat ini, masih belum ada sebarang respon daripada Zlatan Ibrahimovic mengenai isu tersebut. Dalam pada itu, Ibrahimovic tidak akan menyarung jersi pasukan tersebut dan beraksi diatas padang menurut wakil pihak Hammarby IF. Nama pemain ini dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk bekas pasukannya, Manchester United dan AC Milan.