Malaysia Berita

Ong Kim Swee ketepi Safawi

Ketua Jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan untuk tidak menggunakan khidmat pemain sensasi negara, Safawi Rasid bagi menghadapi Sukan SEA yang akan berlangsung di Manila bermula pada 25 November ini.

Pengendali utama itu menegaskan keputusan untuk mengenepikan Safawi adalah atas beberapa faktor. ‘Ianya merupakan satu keputusan yang amat sukar dan berat buat saya. Tetapi saya lakukan demi kebaikan dia. Dia telah bermain banyak perlawanan bagi kelab dan negara’, katanya lagi.

Sementara itu, tujuh pemain skuad senior kebangsaan telah mula menyertai kem latihan pusat bersama 25 pemain yang lain. Mereka adalah Syahmi Safari, Dominic Tan, Muhammad Haziq Nadzli, Mohamed Syamer Kutty Abba, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Adam Nor Azlin, dan Muhammad Danial Amier Norhisham.

Dua pemain lebih umur yang menyertai kem latihan ini ialah Adam Nor Azlin dan Muhammad Irfan Zakaria. Terdahulu, pemain kelab pasukan Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal lebih awal melapor diri sejurus tiba dari Amerika Syarikat.

Untuk makluman, hanya 20 orang pemain sahaja yang akan dibawa ke Manila bagi saingan Sukan SEA tahun ini. Malaysia diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama pasukan tuan rumah, Filipina, Kemboja, Myanmar, dan Timor Leste.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/photos/a.522243597872409/2513431312086951/?type=3&theater

Dengan kualiti pemain yang dimiliki, pastinya pingat emas menjadi sasaran skuad Datuk Ong Kim Swee bagi temasya Sukan SEA tahun ini selepas sekadar meraih pingat Perak pada kejohanan yang lepas dua tahun lalu.