Penyerang yang popular dengan aksi bersahaja, Zlatan Ibrahimovic telah mengesahkan tidak akan beraksi bersama pasukan LA Galaxy bagi musim 2020 menerusi laporan rasmi LAGalaxy.com.
Bekas pemain antarabangsa Sweden itu yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke La Liga Sepanyol juga telah menghantar satu ciapan menerusi laman sosial Twitter dengan mengumumkan perkara tersebut.
I came, I saw, I conquered. Thank you @lagalaxy for making me feel alive again. To the Galaxy fans – you wanted Zlatan, I gave you Zlatan. You are welcome. The story continues…Now go back to watch baseball pic.twitter.com/kkL6B6dJBr
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) November 13, 2019
Sepanjang 53 penampilan bersama LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic telah berjaya menyumbang 52 jaringan dan 17 bantuan gol.
Dalam pada itu, Presiden LA Galaxy, Chris Klein mengucapkan ucapan terima kasih buat pemain bintang itu yang ternyata membawa impak kepada sukan bola sepak di Los Angeles sejak menyertai pada tahun 2018.
Zlatan Ibrahimovic memulakan karier bola sepak profesional bersama kelab Sweden, Malmo FF. Bekas ketua pasukan Sweden ini juga pernah beraksi di kebanyakan liga kompetitif di eropah seperti Liga Perdana Inggeris, La Liga Sepanyol, Serie A Itali, Liga Eredivise Belanda, dan Ligue 1 Perancis. Antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmatnya termasuklah Barcelona, Juventus, AC Milan, Inter Milan, Manchester United, dan Paris Saint Germain.