Malaysia Berita

Peledak Kedah ucap selamat tinggal

Penyerang import Kedah dari Sepanyol, Fernando Rodriguez mengucapkan selamat tinggal buat peminat pasukan menerusi hantaran di laman media sosial Instagram hari ini.

‘Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada keluarga hebat ini, tahun yang tidak akan dilupakan bersama anda semua’, tulisnya di laman rasmi Instagram.

View this post on Instagram

Time to say goodbye to this wonderful family, an unforgettable and wonderful year with all of you !! thanks teammates, thanks fans, thanks medical body, thanks managers, thanks from the heart !! here one more fans for next season, hopefully you can match or overcome this great season !! 21 goals, champion of the FA CUP, final of the Malaysia cup and number 4 in super league, are not enough to be able to spend another year with this family, but this is life and football sometimes things do not go as you think or must, now touch fight again and get up stronger !! proud and happy to say that he belonged to the Kedah family 2019!🙌💪❤️⚽️ #football #family #thankyou #terimakasih #missyou #lookforward #nevergiveup #believeinyourself

A post shared by Fernando Rodriguez Ortega (@rodriguez9ro) on

Pemain yang pernah beraksi bersama skuad remaja Sevilla itu terlepas perlawanan akhir Sabtu lepas akibat kecederaan yang menimpa di saat akhir. Penyerang utama skuad Helang Merah ini merupakan salah seorang watak penting yang membantu pasukan sehingga ke pentas final.

Sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung, pemain ini telah menyumbangkan lapan gol buat Kedah. Manakala empat gol dijaringkan dalam saingan Piala FA serta sembilan gol bagi Liga Super.

Kehadiran pemain Sepanyol ini yang dilabel sebagai mesin pencetak gol buat Kedah oleh pengendali pasukan, Aidil Sharin sememangnya sangat penting. Fernando sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Para penyokong Hijau Kuning pasti tidak akan melupakan persembahan cemerlang pemain ini yang menyumbat tiga gol ketika mengikat Pahang 5-5 di Stadium Darul Makmur dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019. 

Sesuai dengan moto pasukan Kedah iaitu ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’, ternyata jasa Fernando akan terpahat dalam ingatan para peminat setia pasukan dan akan sentiasa menjadi memori terindah juga buat dirinya. Untuk rekod, dia berjaya membantu Kedah menjulang Piala FA dan layak ke final Piala Malaysia 2019.