Malaysia Berita

Misi besar skuad B-18 Kebangsaan

Skuad B-18 Negara akan ke Kemboja untuk menghadapi saingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan bermula pada Sabtu (2 November) ini.

Skuad Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan G bersama-sama tuan rumah Kemboja, Brunei, Thailand, dan Kepulauan Mariana Utara. 

Ketua jurulatih, Brad Maloney telah menamakan senarai akhir 23 pemain yang akan terlibat bagi aksi tersebut. 12 pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Fahmi Daniel, dan Muhammad Azrin Afiq telah tersenarai dalam pasukan. 

Pemain berbakat pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Muhd Mukhairi Ajmal turut tersenarai dalam skuad Brad Maloney.

Aksi Luqman Hakim Shamsudin pasti ditagih bagi barisan serangan serta beberapa pemain tengah untuk menjana dan mencipta gol buat pasukan. Kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia B-18 dijadualkan akan berlangsung di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh. 

Pada Ogos lepas, skuad bimbingan Brad Maloney tewas tipis 1-0 kepada Australia pada perlawanan akhir Piala AFF B-18 yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Pada ketika itu juga, nama Luqman mula menjadi sebutan dikalangan para peminat bola sepak tempatan atas persembahan cemerlangnya dalam kejohanan tersebut.