Eropah Berita

Siapa Calon Ballon d’or 2019 ?

30 pemain bola sepak dunia telah disenaraikan antara calon bagi penerima Anugerah Ballon d’Or 2019. Anugerah ini sebagai mengiktiraf pemain yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim lepas.

Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric merupakan penyandang anugerah yang akan disampaikan oleh Bola Sepak Perancis ini. Berdasarkan rekod, dua bintang bola sepak dunia iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo merupakan pemenang terbanyak apabila kedua-dua pemain pernah menggondol anugerah ini sebanyak lima kali sebelum ini.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Juara Eropah, Liverpool mendahului dengan jumlah tujuh pemain mereka tersenarai seperti Virgil van Dijk, Alisson Becker, Roberto Firmino, Georginio Wijnaldum, Sadio Mane, Mohamed Salah, dan Trent Alexander Arnold. 

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City pula dengan lima orang pemain seperti Sergio Aguero, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Riyad Mahrez, dan Bernardo Silva.

Antara pemain bintang yang turut tersenarai ialah Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Pierre Emerick Aubameyang, Heung Min Son, Robert Lewandowski, Eden Hazard, Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Joao Felix, dan Dusan Tadic.

Selain itu, tiga lagi anugerah lain seperti Kopa Trophy (Pemain muda terbaik), Yachine Trophy (Penjaga gol terbaik), dan Ballon dÓr kategori wanita.

Laporan Forbes menyatakan bahawa pengundian akan dilaksanakan oleh 176 wartawan bola sepak seluruh dunia dimana setiap seorang wartawan sukan tersebut perlu mencalonkan lima pemain terbaik. Pemenang akan diumumkan pada awal Disember depan di Paris.