Bek kanan Atletico Madrid, Kieran Trippier menjelaskan bahawa sikap dan jenaka rakan sepasukannya Diego Costa begitu membantu dalam proses pemain itu menyesuaikan diri dalam pasukan baru.
Dalam satu wawancara bersama Marca, Trippier berkata Costa memanggil dirinya Rooney sebanyak sepuluh kali sehari dan ianya sangat melucukan. Costa begitu dikenali dengan sikap ala antagonis di atas padang tetapi sebenarnya merupakan seorang yang sangat melucukan.
‘Saya mengendali dia (Costa) sejak beraksi di Liga Perdana Inggeris dan dia merupakan pemain paling lucu yang pernah saya kenal’, tambahnya lagi.
Trippier turut berkata, ‘suasana disini sangat baik sekali dan semua sering melakukan jenaka tetapi Costa paling menghiburkan.’
Bekas pemain Tottenham Hotspur ini juga memuji cuaca dan makanan di Sepanyol yang dikatakan lebih baik daripada di England.
‘Saya perlu berterima kasih kepada semua yang membantu saya dan keluarga untuk menyesuaikan diri disini dan mengalu-alukan kedatangan kami di Madrid’, bicara Trippier di penghujung sesi wawancara tersebut.