Pemain kebangsaan Jepun, Hiroki Sakai diberi penghargaan diatas penampilan ke-100 buat Olympique Marseille.
Sakai menerima jersi istimewa tersebut pada perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 buat Marseille. Pemain Jepun itu menyertai kelab Perancis itu pada tahun 2016.
Ini merupakan tahun keempat buat Sakai yang juga telah menjaringkan satu gol dan menyumbang sembilan bantuan gol sepanjang berkhidmat bersama Marseille.
Dalam pada itu, Marseille bakal menghadapi ujian getir apabila dijadualkan bertemu pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG) isnin depan. Marseille kini menghuni tangga keempat dengan kutipan 16 mata, lapan mata dibelakang PSG.