Kolum Eropah

Lima ritual pelik Ronaldo

Cristiano Ronaldo bukanlah satu nama asing dalam dunia bola sepak. Pelbagai gelaran dan anugerah individu telah dikecapi sepanjang kariernya. 

Pemain yang kini berusia 34 tahun itu hanya belum memenangi Piala Dunia sahaja sepanjang beraksi dalam kancah bola sepak. Terdapat satu sisi menarik yang boleh dikupas selain daripada kejayaan pemain antarabangsa Portugal itu.

Tahukah anda, wujud lima ritual aneh yang diamalkan Ronaldo bersama pasukan bola sepak yang diwakilinya.

1.Masuk dan keluar

(Photo by Alexander Hassenstein – UEFA/UEFA via Getty Images)

Ronaldo merupakan pemain pertama masuk dan terakhir keluar menaiki bas pasukan. Dia akan duduk di kerusi belakang secara berseorangan. Malah, tiada siapa dibenarkan untuk duduk sebelah pemain bintang ini. Lain pula ceritanya jika menaiki pesawat pasukan dimana Ronaldo akan duduk di bahagian hadapan bersama Pepe sahaja. Selain itu, bintang ini juga gemar masuk ke dalam padang dengan kaki kanan dan akan menjadi pemain terakhir yang masuk ke dalam padang. 

2.Cintakan cermin

(Photo by Jun Sato/WireImage)

Sepanjang berkhidmat bersama Manchester United, rakan sepasukan Ronaldo seperti Wayne Rooney ada menyatakan bahawa pemain Portugal ini akan menatap wajah sendiri di cermin sebelum sesi latihan atau perlawanan bermula. Ini sekaligus membuktikan Ronaldo seorang manusia yang mencintai dirinya sendiri.

3.Lengan panjang

(Photo by Vladimir Shtanko/Anadolu Agency via Getty Images)

Sebelum menyertai gergasi Itali, Juventus, Ronaldo sentiasa gemar dengan penampilan berjersi lengan panjang. Jika dilihat kesemua gambar ketika bersama Manchester United dan Real Madrid, jersi lengan panjang sentiasa menjadi pilihan. Secara sejarahnya, kali terakhir Ronaldo memakai jersi lengan pendek adalah ketika beraksi mewakili Portugal menentang Perancis pada perlawanan Piala Dunia 2006.

4.Ketinggian

(Photo by Stuart Franklin – FIFA/FIFA via Getty Images)

Peminat tegar Ronaldo pasti mengetahui fakta ini. Ronaldo dilihat sangat tinggi dalam foto pasukan. Ini adalah kerana tindakannya yang menjengketkan kaki ketika sesi bergambar.

5.Etika kerja


(Photo by Burak Akbulut/Anadolu Agency/Getty Images)

Umum mengetahui akan kesungguhan Ronaldo dalam mengekalkan kecergasan. Etika kerja yang serius dan konsisten daripada pemain ini menjadi kunci kejayaan buat dirinya dan juga pasukan yang diwakili. Ronaldo sangat mementingkan pengambilan makanan berkhasiat dan begitu menjaga otot di badan.

Artikel ini diolah daripada video Oh My Goal di laman Youtube.