Malaysia Berita

Luqman bakal menetap di Belgium

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akan menyertai salah sebuah kelab Belgium, KV Kortrijk tahun hadapan, lapor Stadium Astro.

Berita ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli perniagaan Malaysia, Vincent Tan yang merupakan pemilik kepada kelab Belgium tersebut.

Penyerang bawah 18 tahun negara bakal menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab tersebut selepas beliau berumur 18 tahun pada March tahun depan.

Pemain kelahiran Kelantan ini telah membantu Malaysia layak ke kejohanan Akhir AFF B-18 bulan lalu dan turut mencatat nama selaku penjaring terbanyak pada Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun (B-16) 2018, selain terpilih sebagai Kesebelasan Terbaik Piala Sanix 2019.

Luqman bakal kekal di Malaysia sebelum menyertai latihan bersama Cardiff City selama tiga bulan pada tahun hadapan sebelum menyertai kelab Belgium.