Berita

Misi penting skuad B-15 negara

Seramai 23 pemain akan memperkuatkan skuad B-15 kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan kejuaraan B-16 AFC 2020 di Vientiane, Laos.

Skuad B-15 yang dibimbing P. Maniam akan memulakan kempen kelayakan pada hari ini sehingga 22 September. 20 pemain yang dipilih adalah dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-15 manakala tiga lagi dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan  Ibrahim Fikri. 

Skuad B-15 kebangsaan diletakkan dalam kumpulan J bersama -sama Kemboja, Laos, dan Jepun. Perlawanan pembukaan menentang Kemboja akan berlangsung jam 7:30 malam ini. Dua lagi perlawanan dijadualkan pada 20 September 2019 iaitu menentang Laos (7:30 malam) dan pada 22 September 2019 menentang Jepun (4:00 petang). Kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Laos. 

Semua perlawanan boleh ditonton secara langsung melalui MyCujoo seperti yang dilampirkan dibawah,

 

Rabu, 18 September 2019

MALAYSIA lwn KEMBOJA

https://mycujoo.tv/video/lao-football-federation?id=73613

Jumaat, 20 September 2019

LAOS lwn MALAYSIA

https://mycujoo.tv/video/lao-football-federation?id=73614

Ahad, 22 September 2019

JEPUN lwn MALAYSIA

https://mycujoo.tv/video/lao-football-federation?id=73616

 

 

Semoga kejayaan memihak kepada skuad B-15 kebangsaan. Selamat maju jaya!