Kolum

Lima urusan perpindahan pemain Manchester United yang masih tergantung

Jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris bakal menutup tirai dalam tempoh lagi seminggu dengan tarikh akhir untuk menyelesaikan segala hal berkaitan penjualan dan perpindahan pemain ditetapkan pada 8 Ogos nanti.

Beberapa bakat besar sudah mula menyertai pasukan masing-masing dengan Rodri ke Manceshter City, Nicolas Pepe berpindah ke Arsenal, Aaron Wan-Bissaka ke Mancheter United dan banyak lagi.

Terdapat juga beberapa nama besar yang bakal membuat perpindahan daripada kelab masing-masing dan sedang mencari jalan penyelesaian dari kedua-dua kelab yang terlibat,

Di sini kami senaraikan beberapa nama yang masih belum diselesaikan.

Paul Pogba

(Photo by David Lidstrom/Getty Images)

Pemain tengah Perancis ini telah dikaitkan dengan perpindahan keluar menuju ke Real Madrid tetapi dihalang dengan permintaan tinggi Manchester United yang mahu bintang tengah mereka dilepaskan pada harga 150 juta euro – tidak lebih, tidak kurang.

Bruno Fernandes

PORTO, (Photo by TF-Images/Getty Images)

Ketua pasukan Sporting CP dan juga pemain kelahiran Portugal dilaporkan telah dipancing oleh Manchetser United dan terbaharu, Tottenham Hotspurs juga sedang cuba mendapat beliau.

Dengan rekod jaringan 32 gol musim lalu telah meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak dan berjaya menarik minat beberapa pasukan gergasi Eropah.

Paolo Dybala dan Romelu Lukaku

(Photo by Danilo Di Giovanni/Soccrates/Getty Images)

Salah satu berita perpindahan utama selain Paul Pogba.

Lukaku adalah nama besar buat bola sepak Inggeris dan telah membuktikan ketika menyarung jersi Everton dan Belgium tetapi tidak diturunkan ketika perlawanan pra-musim. Manakala Dybala pula mempunyai rekod yang baik sebelum kedatangan Cristiano Ronaldo juga mengalami nasib yang sama.

Manchester United dan Juventus dilaporkan telah mencapai kata sepakat dan ianya terpulang kepada kedua-dua pemain untuk memutuskan masa hadapan mereka.

Harry Maguire

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Beliau dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai United tetapi pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer masih gagal untuk mengikut kehendak Leicester City yang mahukan pemain tengah terbaik mereka dilepaskan pada 90 juta euro – beliau bakal menjadi pemain tengah termahal jika perpindahan ini terjadi.

Sergej Milinkovic-Savic

(Photo by Marco Rosi/Getty Images)

Pemain tengah yang berjaya menarik perhatian ramai orang.

Old Trafford sedia membuka pintu untuk pemain campuran Sepanyol – Serbia untuk menyertai mereka tetapi ianya hanya ditentukan jika Paul Pogba dijual ke Real Madrid.