Kajian & Analisis

Leeds turun dengan formasi 3-3-1-3

Leeds United bakal menggunakan formasi 3-3-1-3 pada perlawanan pertama musim baharu Kejuaraan menentang Bristol City, Ahad nanti.

Pengendali mereka, Marcelo Bielsa terkenal dengan idea kreatif beliau sebelum ini banyak menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-1-4-1 pada musim lalu yang membawa mereka berada di puncak Kejuaraan tetapi jatuh menjelang Krismas.

Justeru, beliau memilih untuk menukar sistem formasi yang digunakan pakai sebelum ini tetapi masih mengekalkan asas yang sama.

Laporan daripada the Daily Mail sebelum ini menyatakan bahawa Bielsa bakal menggunakan satu sistem yang tidak pernah di lihat di dalam bola sepak Inggeris.

Bielsa, 64 tahun pernah menggunakan formasi ini ketika beliau mengendali pasukan kebangsaan Chile dan mula menggunakan formasi ini pada perlawanan persahabatan menentang Cagliari minggu lalu.

Secara umumnya, formasi ini terbentuk dengan tiga pemain pertahanan, tiga pemain tengah, seorang pemain tengah ‘advance’ dan tiga orang penyerang.