Persatuan Bola Sepak Selangor melangkah ke satu revolusi bola sepak Gergasi Merah apabila membuka secara rasmi Pusat Latihan FAS di Padang Latihan SUK, Seksyen 5, Shah alam.
Pembukaan ini adalah penanda aras kepada langkah besar Presidan FAS, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah untuk membawa kembali kuasa besar bola sepak ke Selangor.
Pusat latihan yang berkeluasan 37,161 meter persegi ini bakal digunakan oleh para pemain menjelang Piala Malaysia akan datang.
Dalam masa yang sama, Tengku Amir Shah juga berharap dengan pembukaan pusat latihan yang baharu, ianya dapat menaikkan lagi semangat para pemain serta staf kejurulatihan bagi membawa kembali zaman kegemilangan Selangor.
Berkata kepada Berita Harian, Tengku Amir Shah menyatakan bahawa FAS sepatutnya sudah lama mempunyai satu fasiliti yang lengkap sejak 83 tahun yang lalu, di tambah pula dengan kejayaan yang berjaya diukir oleh Gergasi Merah.
Ini kerana bagi Presiden FAS, nama bolasepak Selangor tidak asing dalam arena bola sepak Malaysia dan dianggap sebagai salah satu entiti yang besar.
Untuk rekod, pusat latihan ini bakal dilengkapi dengan padang latihan, gimnasium, kawasan ratawan fisioterapi dan kompleks pejabat.
https://www.facebook.com/FASelangorMy/posts/2881255245280281