Malaysia Berita

Kim Swee mahukan barisan terbaik

Ketua Jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menegaskan tiada sebarang jaminan bagi mana-mana pemain untuk dipilih bagi menghadapi Sukan SEA termasuklah enam pemain skuad B-19 yang beraksi cemerlang setelah melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 2020 di Uzbekistan menurut sumber Stadium Astro.

Enam pemain yang dimaksudkan adalah Mukhairi Ajmal, Luqman Hakim, Harith Haiqal, Umar Hakeem, Azam Azmi, dan Firdaus Irman yang sebelum ini telah disenaraikan antara 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat yang bermula awal November lalu.

‘Jurang prestasi diantara skuad B-19 dan B-22 sangat ketara. Sudah tentu saya akan menilai melalui persembahan yang dipamerkan sama ada layak atau tidak’, tambahnya lagi.

Perlawanan Persahabatan Skuad B-22 Kebangsaan lwn PJ City FCPerlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Arena…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, 15 November 2019

Pada Jumaat lepas, skuad B-22 negara menewaskan PJ City FC 4-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Arena MPSJ, Subang Jaya. Gol dijaringkan oleh Nik Akif Syahiran dan Jafri Firdaus Chew pada babak pertama sebelum pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim melengkapkan dua lagi jaringan pada lewat separuh masa kedua.

Kim Swee jelas inginkan para pemainnya untuk mendapatkan ‘match fitness’ dan membina kecergasan sebagai persiapan walaupun perlawanan persahabatan tersebut tidak bertaraf peringkat antarabangsa.

Sementara itu, lima pemain telah digugurkan sejurus selepas selesai perlawanan menentang PJ City FC. Lima pemain tersebut adalah Ariff Ar-Rasyid Ariffin, Amirul Ashraf Ariffin, A Shivan Pillay, Nik Azli Nik Alias, dan Haziq Subri.

5 Pemain Digugur Dari Skuad B-22 Kebangsaan Selepas Aksi Persahabatan Lawan PJ CityKetua jurulatih skuad B-22…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, 15 November 2019

Senarai 20 pemain yang akan berlepas ke Manila hanya akan diumumkan pada 22 November ini.