Tiada bintang sukan di dunia boleh mengenakan bayaran untuk setiap hantaran di laman sosial, Instagram lebih daripada penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan Hopper HQ, jika mana-mana syarikat atau individu yang mahu menggunakan khidmat iklan di laman Instagram milik Ronaldo, mereka perlu membayar sebanyak $ 975,000 (RM 4 juta) untuk setiap satu hantaran.
Caj pembayaran yang tinggi adalah disebabkan laman sosial bekas bintang Real Madrid mempunyai lebih ramai pengikut di platform media sosial.
Beliau yang berusia 34 tahun mempunyai lebih 176,709,627 pengikut Instagram berbanding dengan bintang Argentina, Lionel Messi yang mempunyai pengikut sebanyak 126,450,038 tetapi Lionel Messi berada di tangga ketiga dalam senarai yang dikeluarkan oleh Hopper HQ.
Senarai empat teratas dikuasai oleh pemain bola dengan David Beckham melengkapkan senarai dan bintang NBA, LeBron James berada di tangga ke lima.
Pada Januari lalu, Ronaldo menjadi orang pertama yang mencapai 150 juta pengikut di Instagram.