Malaysia Berita

Pulau Pinang bawa nasib ke CAS

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini mencadangkan untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan terhadap keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ini bagi membuka kembali peluang mereka bersaing dalam kancah Liga Super musim hadapan selepas dinafikan oleh badan induk bolasepak dunia apabila dipotong enam mata pada hari-hari akhir penentuan Liga Perdana.

Dalam satu kenyataan dari beberapa laman media tempatan, Presiden FAP menjelaskan pendirian beliau untuk membawa isu ini ke pengetahuan CAS sambil menyifatkan tindakan FIFA ini begitu keras terhadap pasukan Pulau Pinang.

Beliau juga turut menyatakan rasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan oleh FIFA disebabkan kesalahan daripada pengurusan yang lalu.

Untuk rekod, kegagalan pihak Pulau Pinang menjelaskan tuntutan rasmi bekas pemain import, Reinaldo Lobo mengikut arahan dan tempoh masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertibe FIFA adalah punca kepada hukuman FIFA.