Luar Negara Berita

Atletico Madrid untung £ 873 juta dari penjualan pemain

Atletico Madrid dan Benfica telah berjaya mengaut keuntungan lebih daripada £ 850 juta dalam tempoh 10 tahun, dengan hanya dari menjual pemain.

Walau bagaimanapun, Benfica berada di tangga kedua di belakang Atletico Madrid yang menduduki tangga pertama.

Kelab Benfica di lihat telah mengumpul keuntungan daripada menjual pemain akademi yang telah berkembang maju kepada kelab-kelab besar Eropah.

Menurut Transfermarkt, kelab dari Portugis telah membuat £ 864 juta dalam tempoh 10 tahun.

Angka itu bagaimanapun masih kurang berbanding dengan Atletico Madrid yang memperoleh £ 873 juta dalam bingkai masa yang sama.