Luar Negara Berita

Kubo bakal dapat tempat dalam kesebelasan utama Real Madrid

Pemain baharu Real Madrid, Takefusa Kubo dijangka bakal mendapat peluang membarisi kesebalasan utama Real Madrid lebih cepat daripada apa yang telah dijangkakan.

Menurut media Sepanyol, anak muda dari Jepun bakal menjadi antara pemain penting Zinedine Zidane serta bersedia untuk diturunkan ketika perlawanan pra-musim.

Selain itu, jadual Liga J1 yang bermula pada bulan Februari telah memberi beliau kelebihan untuk kekal cergas, manakala rakan sepasukannya masih tercari-cari rentak untuk mengembalikan tahap mereka sebenar.

Real Madrid bakal bertemu Bayern Munich pada aksi persahabatan 21 Julai nanti.