Luar Negara Berita

Rasmi : Higuain tinggalkan Chelsea, bakal serta Sarri di Juventus

Chelsea telah mengesahkan bahawa penyerang Argentina, Gonzalo Higuain telah kembali ke Juventus selepas kontrak pinjaman selama enam bulan tamat.

Pemain Argentina gagal menyerlah di Stamford Bridge, menjaringkan hanya lima gol dalam 18 penampilan selepas membuat perpindahan masuk pada Januari lalu.

Chelsea mempunyai pilihan untuk melanjutkan pinjaman Higuain menjelang tahun berikutnya, tetapi mereka mengesahkan untuk tidak menyambung pinjaman beliau dan mengesahkan bahawa dia akan kembali ke Juventus.

Chelsea telah dijatuhkan hukuman sekatan perpindahan pemain selama dua musim dan Higuain boleh kekal di Stamford Bridge sehingga musim panas akan datang

Walau bagaimanapun, dengan sekatan yang sedia ada, kelab telah memutuskan untuk melepaskan Higuain lebih awal.