Neymar dan Antoine Griezmann adalah dua contoh pemain yang telah cuba kembali menyarung jersi Barcelona, di mana sebelum ini menganggap mereka mampu hidup di kelab lain.
Pemain kelahiran Brazil berpindah ke Paris Saint-Germain pada 2017 dan menfailkan aduan terhadap Barcelona yang gagal membayar bonus sebelum akhirnya menawarkan diri sendiri untuk kembali ke Catalan.
Manakala Griezman pula telah menolak tawaran menyertai Barcelona pada musim panas lalu hanya untuk kekal di Atletico Madrid, namun dia kembali lagi menginginkan tempat di Camp Nou dan menyatakan hasrat secara terbuka untuk berpindah ke sana.
Walau bagaimanapun, Neymar dan Griezmann hanyalah dua contoh kecil yang menyesal keluar dan menolak tawaran menyertai Barcelona.
Hristo Stoichkov adalah contoh lain yang keluar dari Catalan dan menyertai Parma pada 1995/96 disebabkan hubungan keruh dengan Johan Cryuff dan setahun selepas itu beliau kembali menyertai Barcelona.
Ivan de la Pena juga keluar dari Barca disebabkan araham Louis van Gaal dan selepas berhijrah dari Lazio dan Marseille, dia kembali ke Barcelona.
Antara contoh-contoh lain adalah pemain dari akademi La Masia, yang gagal mendapat tempat dengan pasukan pertama dan kemudian kembali menyertai Barcelona – Gerard Pique, Cesc Fabregas, Jordi Alba, Aleix Vidal dan Gerard Deulofeu.