AC Milan telah dilarang bermain di Liga Europa musim depan.
Keputusan itu telah diambil oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan disebabkan AC Milan melanggar peraturan UEFA Financial Fair Play.
“Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah mengeluarkan Arahan Kebenaran yang mewujudkan perjanjian yang dicapai antara AC Milan S.P.A dan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengenai pelanggaran peraturan UEFA Financial Fair oleh kelab Itali,” kenyataan oleh CAS
https://twitter.com/TheMilanBible/status/1144550563947798529?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=safari-reader%3A%2F%2Fen.as.com%2Fen%2F2019%2F06%2F28%2Ffootball%2F1561718793_915801.html
“AC Milan dikecualikan daripada menyertai Pertandingan Kelab UEFA musim sukan 2019/2020 akibat daripada pelanggaran FFP pada 2015/2016/2017 dan tempoh pemantauan 2016/2017/2018”
Tempat Rossoneri dalam Liga Europa akan diisi oleh Torino, yang menduduki tempat ketujuh di Serie A musim lalu.