Luar Negara Berita

Gianluigi Buffon letak klausa pelik dalam kontrak, mahu kalahkan Paola Maldini

Gianluigi Buffon sememangnya akan kembali ke Juventus selepas meninggalkan PSG.

Dia masih belum menandatangani kontrak tetapi dilaporkan telah meminta satu syarat ditunaikan jika mahu dia kembali ke kelab Itali tersebut.

Menurut akhbar Itali La Reppublica, pemain berusia 41 tahun itu tahu bahawa beliau tidak akan mendapat tempat nombor satu di Juventus tetapi meminta untuk bermain sekurang-kurangnya lapa perlawanan Serie A.

Media dari Itali itu juga menyebut salah satu sebab mengapa Buffon membuat permintaan terbabit adalah disebabkan mahu menewaskan Paola Maldini sebagai pemain paling banyak beraksi di Serie A.

Dalam perkembangan yang sama, Buffon meminta gaji sebanyak €2 juta setahun dan niatnya untuk mengalahkan Maldini bergantung pada perancangan Sarri musim hadapan.

Maldini bermain dengan Milan dari 1984 dan 2009 dan mengumpulkan 647 penampilan. Buffon duduk di tangga kedua dengan 640 penampilan dan Francesco Totti membuat 619 penampilan di tempat ketiga.