Luar Negara Berita

Piala Dunia Wanita : England mara ke separuh akhir dan reaksi Beckham memberi seribu satu makna

England menjadi pasukan pertama untuk menempah tempat di separuh akhir Piala Dunia Wanita, ketika mereka mengalahkan Norway 3-0 di Le Havre pada malam semalam dan jaringan gol England mendapat tepukan gemurah dari lagenda bola sepak England, David Beckham.

Ia hanya mengambil masa selama dua minit untuk England memecahkan kebuntuan, ketika Jill Scott menyambut baik hantara dari Lucy Bronze. Scott berada dikedudukan terbaik untuk menukar peluang terhidang kepada jaringan awal.

Norway cuba untuk bangkit dan mendominasi perlawanan tetapi England menggandakan kedudukan mereka menerusi penyerang White. Larian pantas Nikita Parris yang mudah melepasi barisan pertahanan Norway, sebelum dia menyerahkan bola kepada White yang merembat ke gawang gol Norway untuk gol kedua.

England mencatat kemenangan 3-0 ke apabila Bronze menambah jaringan untuk England berada selesa di depan.

Pasukan Three Lionesses sepatutnya menambah gol keempat melalui penalti Nikita Parris, tetapi usahanya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Norway, Hjelmseth.

Dalam perlawanan yang dihadiri oleh lagenda bola sepak England, David Beckham dilihat gembira menikmati kemenangan England ke atas Norway dan ianya turut disambut dengan aksi spontan beliau dan anak perempuannya, Harper.

Dalam temuramah selepas perlawanan, Beckham memuji semangat pemain wanita England selepas mara ke separuh akhir.

“Sebagai pemain, saya tahu apa artinya bermain dalam pertandingan ini dan mempunyai sokongan dari penyokong negara sendiri.

“Saya hanya ingin mengatakan betapa sangat bangga kita semua, mereka melakukan yang luar biasa dan seluruh negara berada di belakang mereka !!!”